Archive for 26/07/2009

Darina & Zamzuri

Permintaan Darina & Zamzuri untuk merakamkan detik-detik bersejarah di hari perkahwinan mereka pada 6 Jun 2009 yang lepas merupakan penghargaan paling besar buat kami kerana sekali lagi mereka memberikan keparcayaan kepada kami selepas menjadi jurufoto rasmi perkahwinan adik Darina iaitu  Dana Surya & Mohd. Ishak pada Disember 2008. Sudah tentu kami berasa senang dan selesa sepanjang penggambaran kerana kami telah rapat dengan keluarga mereka. Darina dan Zamzuri juga sangat peramah dan mesra orangnya membuatkan kami tidak segan-segan meminta mereka memberikan gaya-gaya yang menarik sepanjang sesi fotografi. Di sini kami paparkan sedikit gambar Darina & Zamzuri di hari perkahwinan mereka dalam bentuk design custom album. Kesemua design yang berjumlah 28 muka surat untuk di muatkan dalam album 10R (10″ x 14″) mengambil masa sekurang-kurangnya sebulan untuk siap memandangkan ada beberapa design terdahulu yang perlu di siapkan.

darina-as8

darina-as6

darina-as7

darina-as3

darina-as1

darina-as2

darina-as4

darina-as5