Ina & Hafiz

Objektif asal sesi fotografi kami ketika ini adalah memotret wajah Ina dengan baju kebaya Melayu yang akan digunakan sebagai bahan grafik dalam Bannernya, tetapi penampilan Ina dan hafiz di sesi pengambaran membuat kami tergoda untuk mengambil gambar mereka berdua pula. Sesi yang di jangka selesai awal berlarutan hingga hampir ke jam 10.00 malam..Tak terasa masa berlalu dek kerana terlalu asyik menggambar, Ina & Hafiz pula sampai tak terasa kepenatan walaupun paginya mereka agak sibuk menguruskah hal bisnes ,agaknya mereka pun seronok ber’pose‘ sakan malam tersebut. Untuk pengetahuan pembaca, Ina & Hafiz mengusahakan bisnes menjual Kuih Pau yang popular dengan nama ‘Pau Melayu Inah‘. Kalau anda berminat merasa kuih pau buatan mereka silalah berkunjung ke gerai mereka di Segama dan di Ip kalau tak silap saya. ‘Kuih Pau Melayu Ina’ Memang sedap, gebu dan berbaloi dengan harganya!

Di sini kami sajikan gambar mereka berdua; buat Ina & Hafiz, semoga sukses dalam perniagaan dan semoga segala urusan perkahwinan di permudahkan pada bulan oktober nanti. Jumpa lagi kalian di Papar :) .

ina-as2

ina-as3

Ina arvishstudio

ina-as

Leave a Reply