Selamat menyambut Ramadan yang mulia

we wish u happy ramadan

Salam buat semua,

sempena ketibaan Ramadan al-mubarak yang bermula esok 1 Ramadan 1430H, bersamaan 22 August 2009, kami mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa dan semoga kita tidak mensia-siakan kelebihan di bulan ini untuk mencari keampunan, mendapat keberkatan dan rahmat Allah SWT serta menambah pahala dan amal baik kita.

Jika semua harta adalah racun,
maka zakatlah penawarnya
Jika seluruh umur adalah dosa, taubat adalah ubatnya
Jika seluruh bulan adalah noda, Ramadhan adalah pemutihnya.

Rasulullah SAW bersabda ” Apabila umat ini tahu apa yang ada dalam ramadhan (baca: rahmat , barakah) nescaya mereka akan mengharapkan hal itu selama satu tahun penuh.” (HR. Tabrani)


About this entry