Archive for November 2010
Ellidiana & Malai Effendy – Majlis Persandingan 31.10.2010
Majlis Persandingan Malai & Ellidiana di adakan secara gilang gemilang tanggal 31.10.2010 bertempat di Dewan Tabung Haji, Kota Kinabalu. Hiasan pelamin dan konsep warna pink putih & kelabu menyemarakkan keindahan dewan, membuat majlis persandingan ini sangat berseri. Keindahan yang turut membakar semangat kami untuk merakam detik-detik terindah itu dengan cantik sekali
.
Gambar di hari persandingan Malai & Elli kami mulakan dengan hiasan dewan & persiapan make-up pengantin.








& ini pula antara momen2 sebelum tiba di pintu utama untuk bergerak masuk ke dewan.




ke-dua mempelai sedang di hiburkan dengan tarian tradisional.

lihatlah betapa indahnya pelamin & betapa romantisnya ke-dua pengantin. ^_^


& Elli si permaisuri sehari sekali lagi tampil jelita & manis sekali di hari persandingannya.

sepadan sungguh dengan Malai Effendy yang segak bagai pahlawan melayu.

Kepada Elli & Malai, terima kasih kerana berkongsi memori indah ini dengan kami. Kami doakan semoga kalian berdua bahagia selama-lamanya, di kurniakan rezeki dunia & akhirat yang melimpah ruah. ^__^
Ellidiana & Malai Effendy – Majlis Berinai 30.10.2010
Majlis berinai Ellidiana & Malai bermula selepas Solat Isya’. Seperti biasa, majlis di mulakan dengan bacaan berjanzi & marhaban yang turut di sertai paluan kompang. Ketika marhaban di lagukan, ke-dua pengantin di arak turun untuk duduk bersanding di atas pelamin. Upacara merenjis di mulakan oleh keluarga terdekat pengantin diikuti saudara jauh dan sahabat handai.



Elli & Malai sangat berseri-seri dalam persalinan songket berwarna merah.

Ellidiana nampak ayu dan cantik sekali pada malam itu ^_^

& acara posing kami teruskan di bilik pengantin.


& tiba ke sesi yang lebih santai..;p

Hahaha…saya betul-betul suka dgn gambar di bawah. Both of them so cute & having so much fun!

Ellidiana & Malai Effendy – Majlis Nikah 30.10.2010
Assalamualaikum buat semua,
Posting perkahwinan pertama yang akan merasmikan blog baru ini ialah perkahwinan di antara Ellidiana@ Elli & Malai Effendy@Malai. Tarikh 30 Oktober 2010 menyaksikan detik-detik penyatuan jiwa kedua mempelai, bertempat di kediaman Elli iaitu Taman Sempelang Kota Kinabalu.
Berikut adalah antara detail persiapan yang sempat kami rakamkan.




Malai yang segak berbaju melayu putih dangan sekali lafaz sahaja telah sah memperisterikan Ellidiana. Majlis seterusnya berjalan seperti yang di rancang.


Kami sempat membuat sesi outdoor di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu. Sebenarnya ini pengalaman pertama saya mengambil gambar di masjid ini, rupa-rupanya banyak sudut menarik dan ukiran-ukiran dinding yang boleh di jadikan latar belakang sesi fotografi. Tidak hairanlah kalau Masjid ini merupakan salah satu tarikan pelancong yang datang melancong ke Kota Kinabalu. Ketika sesi fotografi berjalan ada juga berberapa pelancong dari China yang mengambil kesempatan untuk bergambar dengan kedua mempelai.




& gambar favorite saya pada kali ini ;p


Selepas sesi outdoor, kami menyambung sesi penggambaran di bilik pengantin. Sebenarnya banyak gambar-gambar menarik untuk pose dalam pakaian nikah ini, saya sangaja tidak tampilkan kesemuanya sebab keindahan bilik pengantin ini akan saya tampilkan dalam sesi berinai di posting yang lain pula.

Layout Baru, Semangat Baru! ^_^
Dengan lafaz Bismillah saya merasmikan posting pertama dalam blog merangkap website terbaru arvishstudio.com ^_^
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi di atas kehadiran blog baru merangkap website kami ini. Sebenarnya sudah lama kami menginginkan layout blog seperti ni. Paparan gambar yang lebih besar, design yang sederhana dan tema warna coklat pink yang sedap di pandang mata. Mujurla kami di pertemukan dengan seorang sahabat yang handal dalam merekabentuk blog dan yang lebih mengembirakan, mampu memberi apa yang kami inginkan.
Saya dan suami (Isa) tidak bercadang untuk membuat website lain, lebih-lebih website berbentuk flash photo yang kebanyakan di guna oleh jurugambar lain. Bagi kami biarlah blog ini menjadi satu-satunya akses anda kepada hasil kerja dan tempat untuk berkongsi cerita dan pengalaman selama berada dalam dunia fotografi ini. Maafkan kami sekiranya anda tidak berkenan dengan bahasa campuran yang di gunakan di sini
. Kalau boleh kami mau menggunakan gaya tulisan yang agak santai, tidak terlalu formal dan tidak pula terlalu santai seperti perbualan sehari-hari. Pendek kata, kami tidak pening mengarang, dan anda pula tidak pening membaca.
Akhir sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat kami, Malai Sairul yang membantu merealisasikan impian kami ini, jutaan penghargaan kepada para pelanggan yang kami kasihi, tidak lupa kepada para pengunjung yang setia ke blog ini. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan, cadangan mahupun kritikan, janganlah segan silu untuk menghubungi kami melalui email, telefon atau ruangan komen di bawah. Akhir sekali, selamat menikmati gambar-gambar yang kami paparkan di blog ini. Have a nice day! ^_^.
Oh sebelum terlupa, untuk gambar dengan paparan besar yang pertama, saya tampilkan anak buah saya, baby@Farizah dan kakaknya adek@farihah yang memang pandai bergaya depan kemra & merupakan subjek favorite saya :p . Gambar di ambil semasa balik bercuti di Kampung Tampasak Liwan Tambunan baru-baru ini.


