Archive for March 2011
Fieda & Ed ~ Outdoor session ~ 23 Mac 2011
Assalamualaikum buat semua,
Pagi tadi seawal 7.00 pagi kami telah menjalankan sesi post-wedding outdoor shooting bersama Fieda & Ed, pasangan pengantin yang baru selesai melangsungkan perkahwinan mereka pada 20hb Mac yang lalu. Sesi outdoor ini diadakan di sekitar Taman Prince Phillip, Tanjung Aru. Walaupun cuaca agak mendung, ia tidak menjadi penghalang untuk meneruskan sesi penggambaran bersama pasangan yang sweet dan ceria ini. Sebenarnya sejak sembuh dari morning sick saya memang tidak sabar-sabar untuk berkarya semula. Sengaja saya uploadkan dahulu gambar-gambar terkini, gambar2 lain yang telah saya janjikan kepada para pembaca & client akan saya uploadkan kemudian. Buat pengujung setia arvishstudio, kami sajikan, fresh photo from camera
.









Zaira & Zamhariri – 6 Dec 2010
Assalamualaikum buat para pembaca budiman & client2 yang di hargai. Minta maaflah sebab lama tidak meng’update blog ini. Sepanjang 5 bulan ber’hibernate’ ni ramai orang juga bertanya dan tertunggu2 hasil kerja terbaru daripada kami. Untuk mengakhiri penantian kalian, di sini kami sajikan gambar2 terkini perkahwinan yang telah kami rakamkan pada 6, 7 & 9 December 2010 bertempat di Taman Mergong, Alor Setar Kedah Darul Aman. Banyak lagi gambar2 lain yang berlangsung sekitar november 2010, Jan & Feb 2011 akan menyusul selepas ini & akan saya kongsikan juga pengalaman pertama seorang photographer yang bakal bergelar ibu, sekaligus menjawab persoalan rakan2 tentang ‘aktiviti’ yg berlangsung sepanjang 5 bulan menyepi diri.
Pernikahan Zaira & Zamhariri berlangsung dengan lancar & cepatnya
pada 6 Dec 2010, bertempat di Masjid Taman Wira Mergong Alor Setar Kedah sejurus selepas solat Zohor. Sekali lagi saya bergandingan dengan jurugambar handal, saudara Husaini, menjadikan sesi fotografi agak mudah dan less stress. Hari tersebut merupakan hari pertama bersua muka dengan kedua mempelai Zaira & Zamhariri dan kami hanya sempat bertukar pandang dan senyuman sehinggalah majlis tersebut selesai. Ketika sesi outdoor bermula barulah kami sempat berbual2 dan bertanya khabar masing2. Sebenarnya saya berkenalan dgn Zaira melalui rakannya Nur Azhani, yg juga pernah melanggan khidmat kami September 2010 lepas dan kami mula rapat melalui Facebook dan sms. Ternyata Zaira sangat ramah, friendly, manis & lembut orangnya, walaupun pertama kali jumpa, rasanya macam kami dah berkawan bertahun2 lamanya











