Mahani + Awang ~ Post Wedding
“kak.. ne mahani yg call mggu lps tu.
da cnfomkn tarikh shoot dgn husband.
kami pilih ranau la tp photoshoot.
theme: romantic… ♥”
Wow, ranau?…kundasang?…romantic?….and ♥ ‘heart symbol’? Mulalah terbayang kundasang yang penuh misteri, penuh mist dan memory…tempat yang dingin, penuh kehijauan dan suasana yang sangat mendamaikan…terbayang sudah pose macam mana yang mau di buat nanti. Oh I’m really excited. Dalam hati terus berdoa, mudah-mudahan semuanya berjalan seperti yang di rancangkan, mudah-mudahan kesihatan berada di tahap yang maksima sampai hari tersebut.
Akhirnya sampai juga masa yang dinanti-nantikan. Kami (saya & hubby) sampai ke Pine Resort pada malam 16hb April. Malam itu juga pertama kali bersua muka dengan Mahani dan pasangannya Awang. Sebelum ni saya berhubung dengan Mahani melalui internet saja. Daripada bahasa dan gaya tulisan saja saya tau, Mahani ni mesti seorang yang ceria dan mudah berkawan, dan memang betul sangkaan saya, they are both very amazing couple. Nampak gaya, dorang ni masih dalam mood berbulan madu, walaupun sudah hampir setahun bergelar suami isteri & saya difahamkan sesi shooting pada haripun ini adalah sempena meraikan Anniversary dorang yg jatuh pada 25 April nanti. I smiled meaningfully, sesi foto pada isuk hari mesti lebih indah dari yang saya bayangkan.
To Mahani & her lovely hubby, we wish you Happy Anniversary! We hope you enjoy the photos.













Gambar ini tidak berakhir di sini…ada lagi part II akan menyusul….sabar menanti…:D