Archive for July 2011
Roziana + Fazni ~ Maternity Shoot
Sudah hampir sebulan lamanya saya tidak meng’update blog & rasanya ini merupakan posting terakhir sebelum saya berehat sekejap untuk menyambut kelahiran ahli baru & berpantang selama 2 bulan
. Dengan kandungan berusia hampir 9 bulan sebenarnya saya sudah tidak mahu mengambil tempahan mengambar, tapi kerana yang meminta digambar adalah wanita seangkatan (hehe) yang hamil 7 bulan & hubby (Mr. Isa) pun memberi keizinan (thanks dear..
), membuatkan saya excited untuk memenuhi permintaan mereka. Lagipun sesi yang diminta hanya berberapa jam, jadi rasanya tidak ada masalah bagi saya untuk merakamkan saat-saat bahagia pasangan Roziana & Fazni yang bakal menimang cahaya mata pada Ogos ini. Nasib baik, Roziana mahupun saya tidak mengalami sebarang complication dek kerana excited bergambar, dan sesi berjalan dengan lancar walaupun berlaku insiden2 melucukan sepanjang pengambaran.. ;p ..buat pasangan Roziana & Fazni semoga mendapat baby yang sihat dan comel, we’re so happy for you, and thank you for allowing us to be a part of such a special time in your family’s life!










