Archive for September 2011
Majlis Pertunangan ~ Fiezan & Yus
Alhamdulillah selepas berpantang & rehat selama lebih kurang dua bulan, saya kembali dengan tugas pertama, menggambar majlis pertunangan pasangan Fiezan & Yus di Kg. Beringis Papar pada 25hb September baru-baru ni. Majlis Pertunangan Fiezan & Yus berlangsung meriah dan indah dengan warna tema pink, kuning & putih. Warna-warna yang dipilih sendiri oleh Fiezan ni memang sangat menarik dan saya sendiri tidak menyangka gabungan pink kuning menghasilkan warna yang sangat menawan hati. Tidak hairanlah kalau Fiezan tampil begitu anggun di hari pertunangannya, ditambah dengan pilihan fesyen yang membuat setiap wanita yang melihat berasa cemburu dan sentuhan make-up oleh Jeffie Jeff, juru andam profesional yang memang popular di Sabah, specially di Kota Kinabalu. Lebih bermakna lagi kesemua persiapan ini dirakam indah oleh juruvideo yang juga terkenal dalam arenanya iaitu Mr. Bryankouju. Kepada Fiezan & Yus, tahniah di atas pertunangan kalian dan terima kasih kerana memberi keparcayaan merakamkan detik-detik terindah ini bersama arvish studio.












