Archive for December 2011
Eeja & Husny ~ Majlis Perkahwinan
Bismillah…
Wah, agak lama juga baru saya berkesempatan meng’update blog ni. Sekarang nih sebenarnya masa mengedit agak terhad berbanding dulu, maklumlah sekarang dah bertiga dengan baby Amra. Waktu mengedit hanya waktu malam selepas baby tidur, jadi masa yang singkat tu saya gunakan sepenuhnya untuk siapkan design custom album & edit gambar2 yang akan di print. Apapun untuk tidak mengecewakan pengunjung setia arvishstudio.com & para pelanggan yang kami hargai, saya paparkan gambar2 terkini sepanjang hujung tahun 2011.
20 November yang lalu, kami ke Keningau untuk tugas merakam saat2 bersejarah bagi Faezah & Mohd. Husny yang lebih senang dgn panggilan Eeja & Husny. Pernikahan & majlis sanding diadakan pada hari yang sama jadi majlisnya berlangsung seawal jam 8 pagi hinggalah jam 9 malam. Syukurlah, dapat juga saya laksanakan tanggungjawab sebagai jurugambar dorang walaupun penat menggambar 2 hari berturut2 pada hari sebelumnya. Gambar2 dahpun sampai ke tangan Eeja, alhamdulillah, katanya suka & berpuashati dgn gambar2 tersebut. Berikut saya paparkan sedikit gambar Eeja & Husny dan buat keduanya saya ucapkan selamat menempuh hidup bahagia sebagai sepasang suami isteri.
















Ikram & Amli ~ Reception
Majlis perkahwinan Amli & Ikram berlangsung selama 2 hari. Hari berikutnya ialah majlis resepsi yang diadakan di Tang Dynasty Kota Kinabalu. Ini pertama kali menggambar di Ballroom Tang Dynasty sejak saya berpindah ke KK. Best menggambar di ballroom ni, silingnya rendah & bercat putih, dapat pula pengantin yang suka berposing dan happening, yang tak bestnya, saya tak puas menggambar pengantin dek kesuntukan masa. Ikram sangat cantik malam tu, tapi sya tak berkesempatan ambik gambar potrait banyak2. Tak apalah, mungkin lain kali Ikram & Amli mau buat post wedding, I’d be very glad to work with them again.


Persalinan kuning menawan, membuatkn saya pun mau menerai baju kaler mcm ni satu hari nanti.



Ikram cantik sangat mcm patung barbie!




Amli, melangkah yakin disamping bidadarinya yang anggun.



Ikram & Amli ~ Majlis Nikah + Mlm Berinai
18 Nov 2011, merupakan tarikh keramat buat kedua mempelai, Ikram & Amli. Pasangan dinikahkan di kediaman pangantin perempuan yang betul2 terletak di belakang Hotel Holiday Park KK. Agak lama juga baru ada kesempatan upload photo2 ni, sibuk sebenarnya menyiapkan sebuah custom album yang sudah due
. Buat Amli & Ikram, selamat menjamu mata dan semoga gambar2 ni menjadi pengubat rindu sementara menunggu album siap. Selamat pengantin baru & moga berbahagia hingga ke akhir hayat
.






Majlis Malam Berinai.








Suzy & Ewin ~ Reception

Alhamdulillah, akhirnya siap juga menyunting gambar dorang si Suzy sikit2 untuk preview majlis resepsi yang diadakan di Hyatt Regency Hotel Kota Kinabalu, 12 November lepas. Lama pengantin tunggu, maaflah ya Suzy & Ewin, baru ada masa untuk upload gambar, walaupun sedikit saja. Nanti selepas siap design custom album korang, kita post lagi. hehe.



















