Archive for January 2012
Yazid & Yazren ~ 2nd Reception
Hari ke-3 Majlis perkahwinan Yazren & Yazid, menyaksikan kedua mempelai diraikan oleh keluarga sebelah keluarga lelaki.











Yazren & Yazid – Majlis Nikah
16, 17 & 18 December 2011 yang lepas, adalah tarikh keramat yang dipilih oleh pasangan Yazren & Yazid untuk mengakhiri zaman bujang mereka & meraikannya dalam majlis sangat gilang gemilang. Wah ayat tu bah!
. Sejak Julai lagi Yazren sudah booking untuk shooting masa wedding dia nanti, tapi seminggu mau kawin baru ajak bersua muka. Mula-mula jumpa, ada senyuman bererti dari kedua bakal mempelai ni, rupanya2 senyuman tu membawa maksud-’pandai-pandailah kau adjust posing kami nanti’- sebab seorang tinggi lampai, seorang lagi tinggi tak barapa lampai
. Bagi saya saiz & tinggi bukan masalah, yang penting keduanya ceria & gembira di hari bahagia, barulah foto yang terhasil pun cun gila. Best dapat bersama2 sekali lagi dalam keluarga besar Yazid (pertama kali masa menggambar dimajlis pertunangan Yuzrina), dari yang veteran, sampailah yang muda, semuanya memang sporting & suka digambar. Saya sakan menggambar, diorang sakan berposing, memang buku bertemu ruas. Terima kasih pada rakan jurugambar, Sharin Said yang sama2 bertanggungjawab merakam memori perkahwinan Yazid & Yazren.














Arna & Helmi ~ Majlis Resepsi
Walaupun hujan, sempat juga buat outdoor session di seberang rumah Arna.












Arna & Helmi – Majlis Pernikahan
Kalau posting sebelum ni kami menggambar di Keningau, minggu kemudiannya pula kami ke Ranau untuk menggambar pasangan Arna & Helmi. Majlis dorang dilangsungkan di Kampung Paka Jaya, dekat saja dengan pekan Ranau. Ini merupakan pengalaman kali ke-dua menggambar di kampung tersebut. Majlis kali ini menyaksikan penyatuan dua budaya, dua bangsa, Arna & Helmi yang masing-masing berasal dari Sabah & Sarawak. Seronok sangat berada di kalangan keluarga Arna maupun Helmi, dorang semuanya sangat ramah dan mesra. Kawan-kawan Arna pun dah macam kawan saya sendiri, seharian bersama-sama dorang, bergelak ketawa & berkongsi cerita membuatkan saya lupa yang kami sebenarnya baru kenal sehari. Buat Arna & Helmi, semoga gambar-gambar ini mengembalikan kenangan2 manis di majlis yang sudah dua bulan berlalu.























