Archive for February 2012

Yadie + Oneil + Cinta ~ Part II

Sesi photoshoot Yadie & family saya bahagikan kepada 2 part. Part outdoor, dalam post sebelum ni & indoor, nikmati gambar-gambar seterusnya :D

 

Yadie + Oneil + Cinta ~ Part I

Perkenalan & persahabatan kami (saya & Isa) dengan pasangan Yadie & Oneil sudah terjalin selama lebih dari 2 tahun. Pertama kali kami bertemu ialah pada sesi photoshoot pre-wedding , kemudian kami di beri tanggungjawab pula untuk menggambar di majlis perkahwinan Yadie & Oneil yang berlangsung di Sandakan. Setahun selepas itu kami di beri kepercayaan sekali lagi untuk memotret kenangan di majlis berkembar dorang yang diadakan di Johor, iaitu majlis anniversary, majlis akikah Cinta yang masa tu baru mencecah 3 bulan & outdoor bersama cahayamata kesayangan Yadie & Oneil. Gambar-gambar di Johor belum sempat saya upload sebab masa tu saya pun sedang dilanda morning-sickness, tengah pregnant masa tu :D . Kunjungan Yadie, Oneil & Cinta ke Kota Kinabalu 14 Disember lepas sekali lagi mempertemukan kami dalam sesi santai, family photoshoot di Pacific Sutera Harbour Kota Kinabalu. Kali ini bersama Cinta yang sudah berumur 1 tahun lebih. Payah jugalah mau memotret si kecil yang lincah bergerak, Yadie & Oneil pun keletihan asyik mengepung Cinta untuk memastikan saya mendapat shoot yang terbaik. Di sini saya kongsikan berberapa gambar yang menjadi favorites saya. To Yadie & Oneil, I hope you love your pictures as much as I do! :D

 

 

 

Jaja & Zul ~ Majlis Persandingan

Kesinambungan Majlis Nikah Jaja & Zul

Jaja & Zul ~ Majlis Nikah

Majlis Nikah Jaja & Zul baru saja berlangsung sebulan lepas bertempat di Taman Muhibbah Ranau. Saya memang suka sangat kalau dapat job di daerah mcm Ranau & Keningau, sebab tu lah saya tidak tolak job ni walaupun tangan ni belum sembuh sepenuhnya drpd Syndrome Tenosynovitis. Saya bertambah-tambah seronok dapat blend in dalam family & sahabat handai Jaja dlm masa yang singkat sebab keramahan & kemesraan dorang/ dan juga sebab ada linopot dihidangkan bersama lauk bilis tumis yang sangat sedap :D . Singkat saja majlis perkahwinan ini tapi banyak foto yang dapat saya rakamkan sebab semua corner di rumah Jaja boleh dijadikan sebagai lokasi penggambaran. Buat Jaja & Zul yang masih dlm mood honeymoon, terima kasih kasi saya peluang ni & harap kamurang happy dengan gambar2 yang saya shoot.