Pertunangan

Majlis Pertunangan ~ Fiezan & Yus

Alhamdulillah selepas berpantang & rehat selama lebih kurang dua bulan, saya kembali dengan tugas pertama, menggambar majlis pertunangan pasangan Fiezan & Yus di Kg. Beringis Papar pada 25hb September baru-baru ni. Majlis Pertunangan Fiezan & Yus berlangsung meriah dan indah dengan warna tema pink, kuning & putih. Warna-warna yang dipilih sendiri oleh Fiezan ni memang sangat menarik dan saya sendiri tidak menyangka gabungan pink kuning menghasilkan warna yang sangat menawan hati. Tidak hairanlah kalau Fiezan tampil begitu anggun di hari pertunangannya, ditambah dengan pilihan fesyen yang membuat setiap wanita yang melihat berasa cemburu dan sentuhan make-up oleh Jeffie Jeff, juru andam profesional yang memang popular di Sabah, specially di Kota Kinabalu. Lebih bermakna lagi kesemua persiapan ini dirakam indah oleh juruvideo yang juga terkenal dalam arenanya iaitu Mr. Bryankouju. Kepada Fiezan & Yus, tahniah di atas pertunangan kalian dan terima kasih kerana memberi keparcayaan merakamkan detik-detik terindah ini bersama arvish studio.

Haz & Rina ~ Outdoor Session ~ 10 April 2011

Selesai Majlis Pertunangan Haz & Rina pada 9 April 2011, kami menyambung pula sesi outdoor pada keesokan harinya. Cuaca cerah dan suam2 mencetuskan mood romantis pada pagi tersebut. Akibatnya gambar-gambar kali ini semuanya sweet-sweet dan romantis belaka..:D

 

Majlis Pertunangan Haz & Rina – 9 April 2011

Posting kali ini memaparkan gambar-gambar sekitar majlis pertunangan Hazman & Rina, bertempat di Permai Valley Likas Kota Kinabalu. Sebelum tiba di kediaman Rina, saya merasa agak nervous juga sebab terpaksa buat assignment kali ni tanpa ditemani husband. Bukannya tidak biasa buat keja seorang-seorang, cuma keadaan saya kali ini tidak mengizinkan saya buat keja shooting berseorangan, maklumla terpaksa membawa perut yang berusia 6 bulan. Nasib baiklah adik saya Lydia sudi menemankan saya, walaupun tidak mempunyai pengalaman yang banyak dalam bidang fotografi sekurang-kurangnya kehadiran Lydia mengurangkan beban mengusung 2 camera hehe. Awal-awal lagi saya sudah maklumkan keadaan saya pada Rina & Hazman, dan dorang pun nampaknya tidak ada masalah berkerjasama dengan jurugambar yang sedang sarat ni :D .

Sesi fotografi berjalan dengan lancar dan meriah sekali. Semua ahli keluarga dari sebelah pihak Rina mahupun Hazman bukan saja peramah dan mesra bahkan cukup sporting dan happening. Dengan bertemakan purity, majlis ini terlalu indah dan gambar-gambar yang terhasil pun cantik-cantik belaka, sayapun jadi rambang mata memilih-milih gambar yang manakah patut menghiasi posting kali ini.

Buat pasangan Hazman & Rina, terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami & Tahniah kami ucapkan di atas pertunangan kalian! :D

Majlis Pertunangan Ellidiana & Effendy – 31 Julai 2010

Majlis Pertunangan Ellidiana & Effendy berlangsung di kediaman Ellidiana yang terletak di Taman Sempelang, Sembulan Sabah.

ellidiana & affendy_7

ellidiana & affendy_1

ellidiana & affendy_6

ellidiana & affendy_5

ellidiana & affendy_3

ellidiana & affendy_4

ellidiana & affendy_2

ellidiana & affendy_b

ellidiana & affendy_a

ellidiana & affendy_c

ellidiana & affendy_d