Potraiture
Hong Kong Love Story – Mahani + Awang -Day 1
January lepas, buat kali pertama saya menggambar luar dari Malaysia. Saya diminta menjadi personal photographer kepada Mahani & suaminya Awang, sepanjang percutian mereka di Hong Kong China. Sebelum ni, masa sesi photo sempena ulangtahun perkahwinan mereka di kundasang Ranau, ada juga Mahani cakap pasal mahu adakan sesi photo di oversea, tidak sangka pula Mahani betul-betul maksudkannya. Sebenarnya risau juga sebelum ke Hong Kong, maklumlah pertama kali shooting di negara orang, takut cuaca jadi tak menentu, sejuk @ hujan seperti yang diramalkan, namun akhirnya segala kerisauan terpadam juga setibanya kami di sana. Sepanjang 5 hari berada di Hong Kong, suhu average pada 20°c waktu siang, malam mungkin dalam 10°c. Alhamdulillah, kami tidak berdepan dengan sebarang kesulitan walaupun travel sendiri saja tanpa bantuan traveling agency. Cerita tentang percutian ini akan menyusul pada entry yang akan datang, untuk entry kali ini saya kongsikan beberapa gambar dihari pertama menjejakkan kaki ke Hong Kong.
Layout Baru, Semangat Baru! ^_^
Dengan lafaz Bismillah saya merasmikan posting pertama dalam blog merangkap website terbaru arvishstudio.com ^_^
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi di atas kehadiran blog baru merangkap website kami ini. Sebenarnya sudah lama kami menginginkan layout blog seperti ni. Paparan gambar yang lebih besar, design yang sederhana dan tema warna coklat pink yang sedap di pandang mata. Mujurla kami di pertemukan dengan seorang sahabat yang handal dalam merekabentuk blog dan yang lebih mengembirakan, mampu memberi apa yang kami inginkan.
Saya dan suami (Isa) tidak bercadang untuk membuat website lain, lebih-lebih website berbentuk flash photo yang kebanyakan di guna oleh jurugambar lain. Bagi kami biarlah blog ini menjadi satu-satunya akses anda kepada hasil kerja dan tempat untuk berkongsi cerita dan pengalaman selama berada dalam dunia fotografi ini. Maafkan kami sekiranya anda tidak berkenan dengan bahasa campuran yang di gunakan di sini
. Kalau boleh kami mau menggunakan gaya tulisan yang agak santai, tidak terlalu formal dan tidak pula terlalu santai seperti perbualan sehari-hari. Pendek kata, kami tidak pening mengarang, dan anda pula tidak pening membaca.
Akhir sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat kami, Malai Sairul yang membantu merealisasikan impian kami ini, jutaan penghargaan kepada para pelanggan yang kami kasihi, tidak lupa kepada para pengunjung yang setia ke blog ini. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan, cadangan mahupun kritikan, janganlah segan silu untuk menghubungi kami melalui email, telefon atau ruangan komen di bawah. Akhir sekali, selamat menikmati gambar-gambar yang kami paparkan di blog ini. Have a nice day! ^_^.
Oh sebelum terlupa, untuk gambar dengan paparan besar yang pertama, saya tampilkan anak buah saya, baby@Farizah dan kakaknya adek@farihah yang memang pandai bergaya depan kemra & merupakan subjek favorite saya :p . Gambar di ambil semasa balik bercuti di Kampung Tampasak Liwan Tambunan baru-baru ini.





















