Wedding

Jaja & Zul ~ Majlis Persandingan

Kesinambungan Majlis Nikah Jaja & Zul

Jaja & Zul ~ Majlis Nikah

Majlis Nikah Jaja & Zul baru saja berlangsung sebulan lepas bertempat di Taman Muhibbah Ranau. Saya memang suka sangat kalau dapat job di daerah mcm Ranau & Keningau, sebab tu lah saya tidak tolak job ni walaupun tangan ni belum sembuh sepenuhnya drpd Syndrome Tenosynovitis. Saya bertambah-tambah seronok dapat blend in dalam family & sahabat handai Jaja dlm masa yang singkat sebab keramahan & kemesraan dorang/ dan juga sebab ada linopot dihidangkan bersama lauk bilis tumis yang sangat sedap :D . Singkat saja majlis perkahwinan ini tapi banyak foto yang dapat saya rakamkan sebab semua corner di rumah Jaja boleh dijadikan sebagai lokasi penggambaran. Buat Jaja & Zul yang masih dlm mood honeymoon, terima kasih kasi saya peluang ni & harap kamurang happy dengan gambar2 yang saya shoot.

Yazid & Yazren ~ 2nd Reception

Hari ke-3 Majlis perkahwinan Yazren & Yazid, menyaksikan kedua mempelai diraikan oleh keluarga sebelah keluarga lelaki.

Yazid & Yazren ~ 1st Reception

 

Kesinambungan Majlis Nikah Yazid & Yazren.

Yazren & Yazid – Majlis Nikah

16, 17 & 18 December 2011 yang lepas, adalah tarikh keramat yang dipilih oleh pasangan Yazren & Yazid untuk mengakhiri zaman bujang mereka & meraikannya dalam majlis sangat gilang gemilang. Wah ayat tu bah! :D . Sejak Julai lagi Yazren sudah booking untuk shooting masa wedding dia nanti, tapi seminggu mau kawin baru ajak bersua muka. Mula-mula jumpa, ada senyuman bererti dari kedua bakal mempelai ni, rupanya2 senyuman tu membawa maksud-’pandai-pandailah kau adjust posing kami nanti’- sebab seorang tinggi lampai, seorang lagi tinggi tak barapa lampai :D . Bagi saya saiz & tinggi bukan masalah, yang penting keduanya ceria & gembira di hari bahagia, barulah foto yang terhasil pun cun gila. Best dapat bersama2 sekali lagi dalam keluarga besar Yazid (pertama kali masa menggambar dimajlis pertunangan Yuzrina), dari yang veteran, sampailah yang muda, semuanya memang sporting & suka digambar. Saya sakan menggambar, diorang sakan berposing, memang buku bertemu ruas. Terima kasih pada rakan jurugambar, Sharin Said yang sama2 bertanggungjawab merakam memori perkahwinan Yazid & Yazren.