Suzy & Ewin ~ Reception

Alhamdulillah, akhirnya siap juga menyunting gambar dorang si Suzy sikit2 untuk preview majlis resepsi yang diadakan di Hyatt Regency Hotel Kota Kinabalu, 12 November lepas. Lama pengantin tunggu, maaflah ya Suzy & Ewin, baru ada masa untuk upload gambar, walaupun sedikit saja. Nanti selepas siap design custom album korang, kita post lagi. hehe.




















Suzy & Ewin ~ Majlis Malam Berinai

Pada sebelah malamnya kami menyambung tugas menggambar majlis malam berinai. Suzy tampil anggun dengan baju berwarna merah ditambah pula dengan dandanan & make up sentuhan jurumakeup terkenal, Saudara Zulfadzli. Ewin pula segak berbaju warna hitam. Seronok dapat shoot pasangan pengantin yang sama sepadan & lawa, macam menggambar pasangan selebriti pula rasanya.












Suzy & Ewin ~ Solemnization

Tanggal 11.11.11, tarikh keramat beberapa hari lepas, dua insan bernama Suzy & Ewin telah selamat diijabkabulkan di kedaiaman keluarga Suzy, Golden Hill Garden, Kota Kinabalu. Macam biasa selaku orang yang diberi tanggungjawab merakamkan detik2 terindah tersebut, rasanya saya lebih nervous berbanding pengantin lelaki yang bakal melafazkan akad nikah. Mana tak nervous, sebelum majlis ni sepatutnya saya diminta bertemu dengan bakal pengantin untuk membincangkan detail gambar yang akan diambik nanti. Malangnya kekangan masa tidak mengizinkan kami untuk bertemu. Jadinya sepanjang masa saya resah, takut2 ada shoot yang tidak terambil masa majlis tu. Berkat kerjasama kedua pengantin & keluarga, alhamdulillah saya & rakan photographer Kak Sylvia, dapat menjalankan tugas dengan baik. Insya-Allah, gambar-gambar yang diambil tidak menghampakan harapan Suzy & Ewin.













Wedding Nina & Lan – 28 & 29 Okt 2011
Majlis perkahwinan Siti Zarina & Mazlan (Nina & Lan) baru saja berlangsung minggu lepas. Walaupun sesi outdoor agak singkat disebabkan hujan lebat, banyak juga gambar-gambar menarik dan romantik yang dapat dirakamkan buat tatapan kedua mempelai & pengunjung setia blog ini. Seronok berkerjasama dengan Nina & Lan, walaupun kami baru saja berkenalan pada hari pernikahan, keduanya sangat mesra & kelakar. Terima kasih buat sahabat, Azeaniza yang juga pernah melanggan khidmat kami sebelum ini kerana memperkenalkan saya kepada Nina & Lan.










Majlis Pertunangan ~ Fiezan & Yus
Alhamdulillah selepas berpantang & rehat selama lebih kurang dua bulan, saya kembali dengan tugas pertama, menggambar majlis pertunangan pasangan Fiezan & Yus di Kg. Beringis Papar pada 25hb September baru-baru ni. Majlis Pertunangan Fiezan & Yus berlangsung meriah dan indah dengan warna tema pink, kuning & putih. Warna-warna yang dipilih sendiri oleh Fiezan ni memang sangat menarik dan saya sendiri tidak menyangka gabungan pink kuning menghasilkan warna yang sangat menawan hati. Tidak hairanlah kalau Fiezan tampil begitu anggun di hari pertunangannya, ditambah dengan pilihan fesyen yang membuat setiap wanita yang melihat berasa cemburu dan sentuhan make-up oleh Jeffie Jeff, juru andam profesional yang memang popular di Sabah, specially di Kota Kinabalu. Lebih bermakna lagi kesemua persiapan ini dirakam indah oleh juruvideo yang juga terkenal dalam arenanya iaitu Mr. Bryankouju. Kepada Fiezan & Yus, tahniah di atas pertunangan kalian dan terima kasih kerana memberi keparcayaan merakamkan detik-detik terindah ini bersama arvish studio.












