Roziana + Fazni ~ Maternity Shoot
Sudah hampir sebulan lamanya saya tidak meng’update blog & rasanya ini merupakan posting terakhir sebelum saya berehat sekejap untuk menyambut kelahiran ahli baru & berpantang selama 2 bulan
. Dengan kandungan berusia hampir 9 bulan sebenarnya saya sudah tidak mahu mengambil tempahan mengambar, tapi kerana yang meminta digambar adalah wanita seangkatan (hehe) yang hamil 7 bulan & hubby (Mr. Isa) pun memberi keizinan (thanks dear..
), membuatkan saya excited untuk memenuhi permintaan mereka. Lagipun sesi yang diminta hanya berberapa jam, jadi rasanya tidak ada masalah bagi saya untuk merakamkan saat-saat bahagia pasangan Roziana & Fazni yang bakal menimang cahaya mata pada Ogos ini. Nasib baik, Roziana mahupun saya tidak mengalami sebarang complication dek kerana excited bergambar, dan sesi berjalan dengan lancar walaupun berlaku insiden2 melucukan sepanjang pengambaran.. ;p ..buat pasangan Roziana & Fazni semoga mendapat baby yang sihat dan comel, we’re so happy for you, and thank you for allowing us to be a part of such a special time in your family’s life!











Fifie Surianah + Haffedzan ~ Majlis Nikah
Tahniah buat pasangan Surianah & Haffedzan yang telah selamat diijabkabulkan pada 27 Mei 2011, bertempat di Masjid Negeri Kota Kinabalu. Perkenalan saya dengan Surianah @ Fifie bermula di gelangang badminton, tak sangka rupanya selepas itu hubungan kami semakin rapat ditambah lagi dengan hubungan kekeluargaan yang baru terjalin hasil perkahwinan adik saya, Lydia & Yuzri, saudara di sebelah mereka. Kehadiran saya sebagai jurugambar di majlis Fifie sebenarnya bukan sepenuh masa. saya hanya bertanggungjawab untuk menggambil gambar khas pengantin berdua memandangkan keadaan saya yang dah tak mobile dgn kandungan yang sudah berusia 7 bulan lebih. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan mudah-mudahan kedua mempelai berpuas hati dengan gambar-gambar yang telah dirakamkan.



















